Followers

Monday, November 12, 2012

::Sambutan Hari Jadi Cayang Eki Bersama Keluarga::

Dalam rasa malas sempat juga edit sedikit gambar untuk dikongsikan di sini.  Bila dah ada kita teruskan sahaja perkongsian cerita :)

Sebelum sambutan besar, kami sekeluarga telah meraikan Cayang Eki pada tarikh kelahiran sebenar, 8 November.

Tiada sebarang acara istimewa, hanya keluarga makan bersama famili yang ditaja sepenuhnya Ninie dan suami.  Nak buat macamana, kata musim tengkujuhkan.

Kami makan malam di Madam Kwan, Sunway Giza kemudian potong kek.  Tempat makan adalah pilihan orang yang menaja, lain-lain hanya menurut.

So lets picture tell the story...

    Birthday Boy bersama kad ucapan pemberian Abangnya, Farysh :)


Birthday Boy dipaksa bergambar dengan semua yang ada.  Senyum terpaksa dilemparkan!


Kek aiskrim dari Baskin Robins


Berebut-rebut makan kek.  Semua pun mahu buat sendiri, bila ditolong bising mulut masing-masing.  Inilah permata berharga di rumah :)


Aiskrim habis, kek ditinggalkan.  Bertuah betul!  Pandai pula tu membezakan antara aiskrim dengan kek


Buah Hati bergambar bersama Aki dan Wan.  Ini budak "Ulat Taik" manja terlebih dengan Aki dan Wannya.  Sampai hari ini masih tidur sekatil dengan datuk dan nenek..he..he..he...


We Are Family and I Love My Family.  Thanks Allah for having them in my life.  Kenapa berdiri di belakang?  Cara-cara mahu menyorokkan lemak berkrim di bahagian perut =)


Sempat juga cucu-cucu bermain bersama Aki.  Bukan senang kerana GP sentiasa sibuk dengan urusan di luar.  Sesekali berpeluang sebegini, indah terasa!





nota:  Thanks Allah for what ever we have

No comments :

Post a Comment

Share it